AinMokti
Ainmokti
Home About Stuffs Twitter instagram

owner


" my other world. for me to share about my life and passion. "

Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

Cuti 4 hari
Monday 4 May 2015 • 08:54 • 0 comments



Assalamualikum and Hi! 

fuh! lamanya tak blogging... awkwardnya rasa...tambah-tambah kalau baca balik post2 yang sebelum ni. actually kebanyakan post-post sebelum ni yang dirasakan tak proper semua dah didelete. it has a few reasons for me to do this. semakin bertambah usia semakin aku belajar memperbaiki diri sendiri, insyaallah tak banyak tapi worth it maybe..

so back to my story, hari ni hari last cuti 4 hari. cuti 4 hari yang aku rasa lama gila padahal 4 hari ja pon.. sebabnya kali ni cuti tak dapat balik kampung, tak dapat balik rumah. sebab apa? tiket habih.... (macam mana nak buat emoji nangis?) ...sedihnya tuhan ja tau sebab ramai kawan-kawan balik rumah. padahal dah keluar seminggu awal kot nak beli tiket. bukan tiket bas ja aku cari, train pon habih. check tiket flight, mashaallah KL ke Kedah 400 lebih. maigad boleh buat perbelanjaan sebulan. dah la dah buat planning nak rilek-rilek kat rumah sebab takdak keja sangat cuti kali ni. tapi apakan daya........

jadi aku yang tak dapat balik ni, mulalah nak cari idea mana aku nak p jalan2 hilangkan bosan. awalnya planning nak keluar dengan cypak and mun (kawan sekolah) tapi tetiba ada hal pulak makcik cypak tu... aku dah nak merajuk dah actually sebab dah eksited and plan macam-macam mula-mula tu sebab dah lama tak jumpa...sekali tak jadi pulak,,, pastu terfikir, eh fatin (ex-rumet pasum) pon tak balik kampung sebab tiket habih jugak... lastly, fatin ajak ke pesta buku di PWTC . then stay kat bilik dia malam tu. finally, cuti aku tak bosan...hahaha

aku n fatin ke PWTC hari jumaat tu. ramai gila orang, aku ni pulak jenis yang tak suka tempat ramai2 orang sebab rasa sesak dan rimas sangat, sebab tu lah  tak spend lama sangat kat situ. sempat beli dua buat buku ja, tu pon tak tahu bila nak membacanya, Diagnosis 2 yang beli haritu pon belum habih baca. then, after that we decided to have some fun, makan-makan kat Time Square memandangkan dah dekat dgn PWTC and Kolej fatin. 

what i had for luch. i dont exactly remember the names of this food. as far as i know it is mee tarik with beef broth.. sedap alhamdulillah..


sebab kebosanan tak tahu nak buat apa, fatin ajak main boling. hahaha...aku ni takda lah pandai mana pon main boling tapi dah diajak, main lah jugak dengan pakai skirtnya. hmmm memang kalah lah kan. as expected., banyak kali gila masuk longkang. aku dan games memang takda jodoh tak kisah lah games apa pon. 






after that, petangnya lepas dah solat asar semua, fatin ajak ke Taman Tasik Titiwangsa. tasik tu betul-betul depan kolej dia. depan yang memang depan yang keluar pagar terus ke tasik. best sangat bagi aku yang UM ni tengah-tengah bandar. aku rasa bertuah gila fatin kat situ, kolej punya caj tak mahal, bilik sorang satu, dekat dengan tasik.. memang bestlah.. rasa nak stay situ..hahaha... tapi apakan daya.. dah sem 4,,, hahaha.. *bersyukur ja lah dengan UM ni.. 




so basically what we do there was walk around, sit for a while like old couples enjoying the scenery..haha and of course taking pictures. tak sangka dapat pusing satu taman tasik titiwangsa tu dengan berjalan kaki. as for me yang tak suka outdoor activities, agak membanggakan lah jugak. malamnya aku sleep over kat kolej fatin. *thanks fatin for everything.

introduce to you my date for that day. fatin.

got to see the sunset..its so beautiful
so thats all for my cuti-cuti story. the rest of my holiday i spend it doing some gene mapping practice and melaqha tengok korea. thanks to  yana (cousemate) jugak sebab sudi sleep over  nak teman aku buat gene mapping sesama and  tengok cita hantu. padahal dua-dua penakut...hahaha.. so thats how i spend my 4 days holiday. hahaha 

p/s:esok dah kelas... 



Labels: , , , , ,



0 Comments:

Post a Comment


|